Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian III · Perkahwinan
10. Pentaksahan perkahwinan jika salah satu pihak berumur di bawah umur minimum perkahwinan
Feedback & supportMana-mana perkahwinan yang berupa sebagai diupacarakan di Malaysia adalah tidak sah jika pada tarikh perkahwinan itu salah satu pihak berumur di bawah lapan belas tahun melainkan jika, berkenaan dengan seseorang perempuan yang telah genap umur enam belas tahun, pengupacaraan perkahwinan itu telah dibenarkan dengan suatu lesen yang diberi oleh Ketua Menteri di bawah subseksyen 21(2).