Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian III · Perkahwinan
19. Kaveat
Feedback & support(1)
Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan, memasukkan suatu kaveat dengan Pendaftar menentang pengeluaran suatu perakuan untuk perkahwinan bagi mana-mana orang yang dinamakan dalam kaveat itu dan yang notis mengenai perkahwinan yang dicadangkan baginya telah diberi kepada Pendaftar.
(2)
Sesuatu kaveat yang dimasukkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi nama dan tempat bermastautin orang yang memasukkan kaveat itu dan alasan bantahan yang atasnya kaveat itu diasaskan dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang memasukkan kaveat itu.