Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian III · Perkahwinan
11. Tali persaudaraan yang dilarang
Feedback & supportTiada seseorang boleh berkahwin dengan nenek atau datuk, ibu atau bapa, anak atau cucu, adik lelaki atau perempuan, abang atau kakak, nenek atau datuk saudara, emak atau bapa saudara, anak saudara atau cucu saudaranya, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh melarang seseorang Hindu daripada berkahwin di bawah undang-undang atau adat Hindu dengan anak perempuan kepada saudara perempuannya (anak saudara perempuan) atau dengan adik lelaki atau abang kepada ibunya (bapa saudara).
Tiada seseorang boleh berkahwin dengan nenek atau datuk atau ibu atau bapa, anak atau cucu kepada suami atau isterinya atau bekas suami atau isterinya.
Tiada seseorang boleh berkahwin dengan bekas suami atau isteri nenek atau datuk atau ibu atau bapa, anak atau cucunya.
Tiada seseorang boleh berkahwin dengan seseorang yang telah diambil olehnya sebagai anak angkat atau yang telah mengambilnya sebagai anak angkat.
18
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud seksyen ini, tali persaudaraan secara seibu atau sebapa adalah suatu halangan yang sama seperti tali persaudaraan seibu-sebapa dan tidaklah material sama ada seseorang telah lahir sah taraf atau tidak sah taraf.
Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Ketua Menteri boleh, menurut budi bicaranya, memberi suatu lesen di bawah seksyen ini untuk sesuatu perkahwinan diupacarakan jika dia berpuas hati bahawa tiada apa-apa halangan terhadap perkahwinan itu di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang terpakai bagi pihak-pihak yang berkahwin itu, dan, jika perkahwinan itu diupacarakan di bawah lesen itu maka perkahwinan itu hendaklah disifatkan sebagai sah.
Persetujuan dikehendaki