Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian III · Perkahwinan

24. Pengupacaraan perkahwinan melalui istiadat agama, adat atau kelaziman

Feedback & support
(1)

Jika seseorang paderi atau minister atau priest sesuatu gereja atau rumah berhala dilantik oleh Menteri untuk bertugas sebagai seorang

Penolong

Pendaftar

Perkahwinan bagi sesuatu daerah perkahwinan, maka paderi atau minister atau priest itu boleh selepas diserahkan kepadanya suatu akuan berkanun di bawah subseksyen 22(3) mengupacarakan perkahwinan itu, jika pihak-pihak

28

Undang-Undang Malaysia kepada perkahwinan itu atau salah seorang daripada mereka menganuti agama yang diamalkan oleh gereja atau rumah berhala itu, mengikut upacara dan istiadat agama itu.

(2)

Jika seseorang dilantik oleh Menteri untuk bertugas sebagai

Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi sesuatu daerah perkahwinan maka orang itu boleh, selepas diserahkan kepadanya suatu akuan berkanun di bawah subseksyen 22(3) mengupacarakan sesuatu perkahwinan mengikut adat atau kelaziman yang diamalkan oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu atau oleh salah seorang daripada mereka.

(3)

Seseorang Penolong Pendaftar yang mengupacarakan suatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah mengingatkan pihak-pihak yang berkenaan itu dalam sesuatu bahagian istiadat itu bahawa mana-mana seorang daripada mereka adalah tidak berupaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin secara sah dengan mana-mana orang lain dan jika mana-mana seorang daripada mereka berkahwin dalam masa berterusnya perkahwinan itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan.

(4)

Dalam seksyen ini—

“priest sesuatu rumah berhala” termasuklah mana-mana ahli bagi sesuatu jawatankuasa pengurusan atau badan pentadbiran rumah berhala itu dan mana-mana ahli jawatankuasa bagi mana-mana persatuan agama;

“priest sesuatu gereja” termasuklah mana-mana pegawai atau orang tua-tua gereja itu.

Report

Bahagian IV

Bahagian V

Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan

Bahagian VI

Perceraian

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules