Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian III · Perkahwinan
26. Pengupacaraan perkahwinan di Kedutaan Malaysia, dsb., di luar negara
Feedback & supportSesuatu perkahwinan boleh diupacarakan oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 28(4) di Kedutaan, Suruhanjaya
Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang tidak memberitahu Kerajaan Malaysia mengenai bantahannya terhadap pengupacaraan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau
Pejabat Konsul Malaysia itu:
Dengan syarat bahawa Pendaftar itu hendaklah berpuas hati—
bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah warganegara Malaysia;
bahawa setiap satu pihak berkeupayaan untuk berkahwin mengikut Akta ini;
bahawa, jika salah satu pihak tidak berdomisil di Malaysia, perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diupacarakan, akan dianggap sebagai sah di negara di mana pihak itu berdomisil; dan
bahawa notis mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu telah diberi sekurang-kurangnya dua puluh satu hari dan tidak lebih daripada tiga bulan sebelumnya, dan notis itu telah disiarkan di pejabat Pendaftar di Kedutaan,
Suruhanjaya Tinggi atau pejabat Konsul di mana perkahwinan itu akan diupacarakan dan di Pejabat
Pendaftar bagi daerah perkahwinan di Malaysia di mana setiap satu pihak kepada perkahwinan itu secara biasanya
30
Undang-Undang Malaysia telah bermastautin akhir sekali dan tiada sesuatu kaveat atau notis mengenai bantahan telah diterima.
Tatacara bagi pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia hendaklah serupa dalam semua perkara sebagaimana yang terpakai bagi perkahwinan yang diupacarakan dan didaftarkan di Malaysia di bawah Akta ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik bagi sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar di Malaysia.
Suatu perkahwinan yang diupacarakan di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu perkahwinan yang diupacarakan di Malaysia, dan peruntukan subseksyen 7(2) hendaklah terpakai mutatis mutandis berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, berkenaan dengan perkahwinan itu.