Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian III · Perkahwinan

21. Section 21

Feedback & support
(1)

Apabila dibuktikan kepada Ketua Menteri dengan akuan berkanun bahawa tiada sesuatu halangan yang sah terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu, dan apabila dia berpuas hati bahawa persetujuan yang perlu, jika ada, terhadap perkahwinan itu telah didapati, atau bahawa persetujuan itu telah tidak diperlukan atau telah diberi di bawah seksyen 12, Ketua Menteri boleh, jika dia fikirkan patut, tidak memerlukan pemberian notis, dan pengeluaran suatu perakuan untuk perkahwinan, dan boleh memberi lesennya dalam borang yang ditetapkan, membenarkan pengupacaraan perkahwinan antara pihak-pihak yang dinamakan dalam lesen itu.

(2)

Ketua Menteri boleh, menurut budi bicaranya, memberi suatu lesen di bawah seksyen ini membenarkan pengupacaraan sesuatu

24

Undang-Undang Malaysia perkahwinan walaupun pihak perempuan yang hendak berkahwin itu berumur di bawah lapan belas tahun, tetapi bagaimana pun tidak boleh memberi lesen itu sebelum perempuan itu berumur genap enam belas tahun.

(3)

Ketua Menteri apabila berpuas hati, dengan akuan berkanun atau apa-apa lain yang difikirkannya patut, bahawa adalah lebih sesuai sesuatu perkahwinan di bawah seksyen 23 diupacarakan di sesuatu tempat selain di pejabat seseorang Pendaftar boleh mengeluarkan suatu lesen dalam borang yang ditetapkan bagi maksud itu.

(4)

Sesuatu lesen membenarkan sesuatu perkahwinan diupacarakan di sesuatu tempat selain di pejabat seseorang Pendaftar hendaklah menyatakan tempat di mana perkahwinan itu boleh diupacarakan.

(5)

Jika perkahwinan yang dibenarkan oleh sesuatu lesen di bawah seksyen ini tidak diupacarakan dalam masa satu bulan dari tarikh lesen itu maka lesen itu hendaklah terbatal.

(6)

(a)

Ketua Menteri boleh secara bertulis mewakilkan kuasanya di bawah seksyen ini kepada Pendaftar Besar, Penolong Pendaftar

Besar atau Penguasa Pendaftar dan boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana pewakilan itu.

(b)

Tiada apa-apa pewakilan di bawah perenggan (a) boleh disifatkan sebagai melucutkan kuasa Ketua Menteri di bawah seksyen ini dan dia boleh, jika difikirkannya patut, menjalankan kuasa itu walaupun pewakilan itu telah dibuat.

Pengupacaraan perkahwinan

Report

Bahagian IV

Bahagian V

Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan

Bahagian VI

Perceraian

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules