Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian II · Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

12. Pewakilan fungsi dan kuasa

Feedback & support
(1)

Majlis boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang disifatkannya patut untuk dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 43, kepada—

(a)

Pengerusi Majlis;

(b)

mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i); dan

(c)

sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 11.

(2)

Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan apa-apa fungsi dan kuasa hendaklah menepati dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Majlis dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis.

(3)

Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.

Undang-Undang Malaysia 18

Report

Bahagian III

Pelantikan Ketua Pendaftar, Dsb., dan Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Bahagian IV

Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian V