Skip to content

Seksyen 17

Tindakan susulan

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 17 of 46
Seksyen 17
(1)

Majlis boleh menghendaki kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan untuk mengemukakan laporan kepada Majlis mengenai langkah dan tindakan yang dikehendaki diambil oleh kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan dalam mematuhi peruntukan Akta ini pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 685

(2)

Menjadi kewajipan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan yang disebut dalam subseksyen (1) untuk mengemukakan laporan penuh berkenaan dengan kemajuan langkah atau tindakan yang dijalankan oleh kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan dan laporan itu hendaklah diberikan sehingga langkah atau tindakan itu selesai.

(3)

Majlis boleh menghendaki kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan untuk memberikan penjelasan jika Majlis berpendapat bahawa kemajuan langkah atau tindakan itu tidak mencukupi atau tidak memuaskan.