Skip to content

Seksyen 13

Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undang-undang

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 13 of 46
Seksyen 13
(1)

Dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan yang dikehendaki dibuat pada mana-mana undang-undang atau untuk mencadangkan pengadaan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan atau apa-apa perkara lain sebagaimana yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis.

(2)

Bagi maksud membuat apa-apa syor di bawah subseksyen (1),

Majlis—

(a)

hendaklah berunding dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan; atau

(b)

boleh berunding dengan sektor swasta atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian.

(3)

Dalam merumuskan syor atau cadangannya di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah mengambil kira apa-apa dasar, maklumat dan pertimbangan lain yang diterima semasa perundingan menurut subseksyen (2) yang didapatinya berkaitan.

Tanggungjawab Kerajaan