Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian II · Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

16. Tanggungjawab sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan

Feedback & support

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan—

(a)

untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;

(b)

untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan

(c)

untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.

Report

Bahagian III

Pelantikan Ketua Pendaftar, Dsb., dan Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Bahagian IV

Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian V