Akta Orang Kurang Upaya 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
15. Section 15
Feedback & supportMenjadi tanggungjawab dan kewajipan tiap-tiap kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang berkaitan—
(a)
untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah Akta ini;
(b)
untuk memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya; dan
(c)
untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya.