Akta Orang Kurang Upaya 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian II · Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya
7. Mesyuarat Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun bagi melaksanakan fungsinya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pengerusi.
Sebelas orang anggota hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Majlis.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan kesemua mesyuaratnya.
Jika Pengerusi tidak berupaya atas apa-apa sebab untuk mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi.
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Pada mana-mana mesyuarat Majlis, Pengerusi hendaklah mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat persamaan undi, mempunyai undi pemutus.
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya.
Undang-Undang Malaysia 14