139Z. Pengekalan faedah terakru
Feedback & supportBagi maksud mengekalkan faedah terakru dalam skim persaraan swasta yang diluluskan, tiada penyedia skim persaraan swasta atau pemegang amanah skim boleh membayar atau selainnya melupuskan mana-mana bahagian faedah terakru kepada mana-mana anggota atau mana-mana orang lain kecuali mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
139ZA.
Perlindungan faedah terakru
Tiada bahagian daripada apa-apa faedah terakru dalam skim persaraan swasta yang diluluskan berkenaan dengan anggota boleh diambil untuk pelaksanaan suatu hutang penghakiman atau menjadi hal perkara kepada mana-mana gadaian, sandaran, lien, gadai janji, pemindahan, penyerahhakan atau pemberimilikan oleh atau bagi pihak anggota, dan apa-apa yang berupa pelupusan yang bertentangan dengan seksyen ini adalah terbatal.
Kesan penarikan balik
139ZB. (1) Penarikan balik suatu kelulusan kepada skim persaraan swasta di bawah seksyen 139X hendaklah tidak menyentuh apa-apa hak anggota berkenaan dengan faedah terakru yang kepadanya anggota itu berhak seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 139Y.