Seksyen 7
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
Seksyen 7
Seseorang tidak boleh menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau membantu menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan, mengendalikan atau menyenggarakan, suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang bukannya—
(a)
pasaran saham suatu bursa saham;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 61
(b)
pasaran derivatif suatu bursa derivatif;
(c)
pasaran saham suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa saham;
(d)
pasaran derivatif suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa derivatif;
(e)
pasaran diiktiraf;
(f)
pasaran saham terkecuali; atau
(g)
pasaran derivatif terkecuali.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1499).
(3)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
(a)
mengisytiharkan suatu pasaran saham atau pasaran derivatif tertentu, atau suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang termasuk dalam suatu kelas pasaran saham atau pasaran derivatif tertentu, sebagai suatu pasaran saham terkecuali atau pasaran derivatif terkecuali bagi maksud
Akta ini tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya munasabah dan sesuai selepas mengambil kira, antara perkara lain,—
(i)
jenis sekuriti atau derivatif yang didagangkan atau akan didagangkan;
(ii)
jenis peserta;
(iii)
jenis pelabur; atau
(iv)
jumlah perdagangan, yang berhubungan dengan pasaran saham atau pasaran derivatif tertentu itu, atau pasaran saham atau pasaran derivatif yang termasuk dalam kelas pasaran saham atau pasaran derivatif tertentu itu; dan 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
(b)
membatalkan mana-mana perisytiharan yang dibuat di bawah perenggan (a) atau mengubah apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam perisytiharan itu, selepas mengambil kira, antara perkara lain,—
(i)
apa-apa pelanggaran terma dan syarat yang dinyatakan dalam perisytiharan itu; atau
(ii)
apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh
Menteri.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, kemudahan yang ditentukan dalam