Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024Read it in English
Contents

Bahagian III · Perkhidmatan Pasaran Modal

58. Kehendak bagi Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh sama ada sebagai prinsipal atau ejen, menjalankan suatu urusan dalam mana-mana aktiviti terkawal atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan urusan itu melainkan jika dia ialah pemegang lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau ialah seorang orang berdaftar.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang atau kelas orang yang dinyatakan dalam Jadual 3.

(3)

Selain berkenaan dengan suatu syarikat insurans berlesen di bawah *Akta Insurans 1996 [Akta 553] atau pengendali takaful berlesen di bawah **Akta Takaful 1984 [Akta 312], Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan sesuai ke atas orang ditentukan.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules