Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Sivil

354. Kuasa Suruhanjaya untuk mengambil tindakan

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang—

(a)

melanggar peruntukan Akta ini selain peruntukan Bahagian V dan Penggal 2 Bahagian VI atau mana-mana undang-undang sekuriti; atau

(b)

tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan—

(i)

kaedah-kaedah sesuatu bursa saham, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat;

554 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(ii)

apa-apa notis bertulis, arahan, garis panduan atau nota amalan yang dikeluarkan atau syarat yang dikenakan, oleh Suruhanjaya; atau

(iii)

apa–apa kaedah-kaedah suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, dalam hal keadaan yang orang itu dikenakan obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah, notis bertulis, arahan, garis panduan, nota amalan atau syarat itu, orang itu telah melakukan suatu kemungkiran.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan perenggan (1)(b), orang yang berikut hendaklah disifatkan dikenakan obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah suatu bursa saham, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, setakat yang kaedah-kaedah itu berupa sebagai berhubung dengan orang itu:

(a)

suatu syarikat pemegangan bursa;

(b)

suatu bursa saham;

(c)

suatu depositori pusat;

(d)

suatu pusat penjelasan diluluskan;

(e)

seseorang peserta;

(f)

suatu organisasi peserta;

(g)

suatu peserta depositori;

(h)

suatu perbadanan yang telah mengemukakan suatu cadangan di bawah Bahagian VI atau yang telah diterima masuk ke dalam senarai rasmi sesuatu bursa saham dan tidak

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 555

dikeluarkan daripada senarai rasmi itu dan seseorang yang bersekutu dengan perbadanan itu;

(i)

suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf;

(j)

seseorang yang baginya kaedah-kaedah sesuatu bursa saham, suatu pusat penjelasan diluluskan, suatu depositori pusat atau suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, mengikut mana-mana yang berkenaan, terpakai;

(k)

pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (i);

(l)

penasihat perbadanan yang disebut dalam perenggan (h)

berhubung dengan apa-apa cadangan atau transaksi perbadanan;

(m)

penerbit dan setiap pengarah seorang penerbit pada masa pengeluaran prospektus;

(n)

seseorang yang bersetuju atau menyebabkan dirinya dinamakan dan dinamakan dalam prospektus sebagai pengarah atau sebagai bersetuju untuk menjadi seorang pengarah, sama ada serta-merta atau selepas suatu lat tempoh masa;

(o)

seorang penganjur berkenaan dengan penyediaan suatu prospektus;

(p)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus dengan persetujuannya, sebagai telah membuat suatu pernyataan yang telah dimasukkan dalam prospektus itu;

(q)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus dengan persetujuannya, sebagai pembroker stok, pembroker saham atau penaja jamin;

(r)

seorang pemegang amanah yang diluluskan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen 260;

556 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(s)

seorang pemegang amanah yang diluluskan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen 289;

(t)

suatu syarikat pengurusan yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 289; atau

(u)

mana-mana orang lain yang suatu obligasi di bawah mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya telah dikenakan.

(3)

Jika seseorang telah melakukan suatu kemungkiran dan

Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah wajar dalam segala hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Suruhanjaya boleh mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:

(a)

mengarahkan orang yang mungkir itu supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana kaedah-kaedah, peruntukan, notis bertulis, arahan, nota amalan, syarat atau garis panduan;

(b)

mengenakan suatu penalti yang sepadan dengan beratnya kemungkiran itu ke atas orang yang melakukan pelanggaran itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi satu juta ringgit;

(c)

mencela orang yang mungkir itu;

(d)

menghendaki orang yang mungkir itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh

Suruhanjaya untuk meremedi atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu;

(e)

dalam hal suatu pelanggaran Bahagian VI atau garis panduan yang dikeluarkan menurut Bahagian VI , enggan menerima atau menimbang apa-apa pengemukaan di bawah

Bahagian VI ;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 557

(f)

dalam hal seseorang penganjur atau pengarah suatu perbadanan, sebagai tambahan kepada tindakan yang boleh diambil di bawah perenggan (a) hingga (e) di atas, tindakan yang berikut boleh diambil oleh Suruhanjaya:

(i)

mengenakan suatu moratorium atas, atau melarang apa-apa perdagangan atau perniagaan dalam, sekuriti perbadanan itu atau dalam mana-mana sekuriti lain yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya oleh penganjur atau pengarah atau mana-mana orang yang berkaitan dengan penganjur atau pengarah itu;

atau

(ii)

mengeluarkan suatu kenyataan awam yang mempunyai kesan bahawa, pada pendapat

Suruhanjaya, pemegangan jawatan oleh pengarah itu adalah memudaratkan kepentingan awam.

(4)

Suruhanjaya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (3) tanpa memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar.

(5)

Bagi maksud perenggan (3)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi perlu dibuat oleh seseorang yang mungkir,

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—

(a)

keuntungan yang telah terakru kepada orang yang mungkir itu; atau

(b)

sama ada satu orang atau lebih telah mengalami kehilangan atau selainnya terjejas akibat kemungkiran itu.

(6)

(Dipotong oleh Akta A1406).

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang—

(a)

Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang

Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah

Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir; dan 558 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

syarikat pemegangan bursa, bursa saham, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada mengambil apa-apa tindakan di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan.

(8)

Jika seseorang telah gagal membayar suatu penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 3(b), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada

Kerajaan Malaysia.

(9)

Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan (3)(d) telah menghendaki orang yang mungkir itu untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir itu gagal untuk membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman terhadap dan mendapatkan restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan dengan kemungkiran itu.

(10)

Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan di bawah perenggan 3(d) atau subseksyen (9) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—

(a)

dibayar kepada Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar—

(i)

kos membangunkan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 559

Kuasa Suruhanjaya untuk mengambil tindakan terhadap bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, dsb., kerana tidak mematuhi kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, dsb.

Report

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules