Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian VII · Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

317. Section 317

Feedback & support
(1)

Melainkan jika dikecualikan oleh Suruhanjaya secara bertulis, seseorang yang merupakan ketua eksekutif atau pengarah suatu perbadanan tersenarai, yang mempunyai kepentingan dalam sekuriti perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan bersekutunya dengan perbadanan tersenarai itu hendaklah memberitahu perbadanan tersenarai itu secara bertulis—

(a)

tentang kewujudan kepentingannya pada masa itu; dan

(b)

takat kepentingannya dalam perbadanan tersenarai itu atau perbadanan bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu pada masa itu.

(2)

Ketua eksekutif atau pengarah sesuatu perbadanan tersenarai hendaklah memberitahu perbadanan tersenarai dengan serta-merta secara bertulis mengenai berlakunya, semasa dia menjadi ketua eksekutif atau pengarah perbadanan tersenarai itu, mana-mana kejadian yang berikut:

(a)

apa-apa kejadian yang akibat daripadanya dia menjadi berkepentingan, atau terhenti daripada mempunyai kepentingan, dalam sekuriti perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu;

(b)

pembuatan kontrak olehnya untuk membeli atau menjual apa-apa sekuriti dalam perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan yang bersekutu dengan perbadanan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 515

yang disenaraikan yang dalamnya dia mempunyai suatu kepentingan;

(c)

penyerahhakan olehnya kepada mana-mana orang lain suatu hak yang diberikan kepadanya oleh perbadanan tersenarai itu untuk melanggan sekuriti dalam perbadanan tersenarai itu;

(d)

pemberian kepadanya oleh suatu perbadanan lain, yang berupa suatu perbadanan bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu, suatu hak untuk melanggan sekuriti dalam perbadanan bersekutu itu, penjalanan hak sedemikian yang diberikan kepadanya dan penyerahhakan olehnya kepada mana-mana orang lain hak sedemikian yang telah diberikan itu; dan

(e)

apa-apa kejadian yang akibat daripadanya suatu perbadanan menjadi suatu perbadanan yang bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu, jika sebaik selepas kejadian itu dia mempunyai kepentingan dalam sekuriti perbadanan itu.

(3)

Subseksyen (2) tidak menghendaki pemberitahuan oleh seseorang tentang berlakunya sesuatu kejadian yang sampai ke pengetahuannya selepas dia terhenti menjadi ketua eksekutif atau pengarah.

(4)

Jika Suruhanjaya fikirkan perlu bagi pengurusan undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh menghendaki suatu perbadanan tersenarai untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat yang mana telah diberitahu di bawah subseksyen (1) dan (2).

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“ketua eksekutif” dan “pengarah” termasuklah suami atau isteri, anak atau ibu bapa ketua eksekutif atau pengarah itu;

dan

(b)

pengecualian yang diberikan kepada ketua eksekutif atau pengarah di bawah subseksyen (1) tidak mengecualikan

516 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

ketua eksekutif atau pengarah yang dimaksudkan daripada mematuhi seksyen 135 *Akta Syarikat 1965.

Report

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules