Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

212. Kehendak bagi kelulusan, pendaftaran, kebenaran atau pengiktirafan

Feedback & support
(1)

Bahagian ini tidak terpakai bagi sesuatu skim persaraan swasta.

(2)

Seseorang yang bercadang untuk menjalankan suatu cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti, atau menerbitkan sekuriti atau menawarkan untuk langganan atau pembelian sekuriti, atau menerbitkan suatu tawaran untuk langganan atau pembelian sekuriti, berhubung dengan—

(a)

penyenaraian dan sebut harga sekuriti suatu perbadanan di pasaran saham;

(b)

pemindahan suatu penyenaraian dan sebut harga sekuriti suatu perbadanan daripada suatu pasaran alternatif kepada pasaran utama;

(c)

penyenaraian atau sebut harga sekuriti selain sekuriti dalam perenggan (a) termasuk unit dalam amanah perniagaan atau sekuriti Islam di pasaran saham;

(d)

suatu perolehan atau pelupusan aset yang menghasilkan suatu perubahan yang signifikan dalam haluan perniagaan atau dasar sesuatu perbadanan tersenarai, skim unit amanah tersenarai atau mana-mana entiti tersenarai yang lain, sama ada atau tidak berhubung dengan apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti di bawah perenggan (a) dan (b), hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah Penggal 1A.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 329

(3)

Seseorang yang bercadang untuk melaksanakan suatu kompromi, perkiraan atau skim dengan cara penerbitan sekuriti bagi penyatuan dua atau lebih perbadanan tersenarai hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah Penggal 1A.

(4)

Seseorang yang bercadang untuk menyediakan, menawarkan untuk langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, di luar Malaysia, sekuriti suatu syarikat awam atau perbadanan tersenarai, atau untuk menyenaraikan sekuriti itu di suatu bursa sekuriti di luar Malaysia hendaklah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah Penggal 1A.

(5)

Seseorang yang berniat untuk menyediakan, menawarkan untuk langganan atau pembelian, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli produk pasaran modal tidak tersenarai termasuk sekuriti Islam tidak tersenarai tetapi tidak termasuk unit di dalam suatu skim unit amanah, hendaklah—

(a)

mendapatkan kebenaran Suruhanjaya atau dalam kes suatu sekuriti atau produk pasaran modal asing, pengiktirafan

Suruhanjaya di bawah Penggal 3A; dan

(b)

mendaftarkan dengan

Suruhanjaya, suatu dokumen penzahiran yang mengandungi maklumat dan butir sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 92A.

(6)

Walau apa pun subseksyen (5) atau apa-apa undang-undang bertulis yang lain, seseorang hendaklah mendaftarkan suatu amanah perniagaan dengan Suruhanjaya, atau dalam kes suatu amanah perniagaan asing, mendapatkan pengiktirafan daripada Suruhanjaya, di bawah Penggal 3B, jika orang itu berniat untuk—

(a)

menubuhkan, mengendalikan, atau membantu dalam menubuhkan atau mengendalikan amanah perniagaan itu;

(b)

mengemukakan dirinya sebagai mengendalikan amanah perniagaan itu; atau 330 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(c)

menawarkan atau menyediakan unit dalam amanah perniagaan itu.

(7)

Suruhanjaya boleh menentukan—

(a)

apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan atau aktiviti;

atau

(b)

pemulaan, penawaran atau penyediaan apa-apa produk pasaran modal lain, yang mesti mematuhi kehendak di bawah Bahagian ini.

(8)

Kehendak di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5) dan (6)

hendaklah tidak terpakai kepada apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti, produk atau perkara yang dinyatakan di bawah

Jadual 5 atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(9)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Penggal 1A

Permohonan bagi Kelulusan

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules