Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Penggal 6
316. Section 316
Feedback & supportDalam
Penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“derivatif Islam” ertinya derivatif yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
“produk berstruktur Islam” ertinya suatu produk berstruktur yang distrukturkan bagi mematuhi prinsip Syariah;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 511
“produk berstruktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam garis panduan Suruhanjaya berkenaan dengan produk berstruktur;
“produk pasaran modal Islam” ertinya—
sekuriti Islam;
suatu skim unit amanah yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
derivatif Islam;
suatu skim persaraan swasta yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
mana-mana produk atau perkiraan yang berasaskan sekuriti atau derivatif, atau mana-mana gabungannya yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah; atau
mana-mana produk lain yang boleh ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 5 sebagai suatu produk pasaran modal Islam;
“sekuriti Islam” ertinya—
syer dalam pertubuhan perbadanan atau pertubuhan bukan perbadanan, yang diklasifikasikan sebagai mematuhi
Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah;
unit dalam skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip
Syariah;
suatu produk berstruktur Islam; atau
sukuk yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip
Syariah;
512 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan yang berkenaan dengannya mematuhi prinsip Syariah;
“sukuk” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam garis panduan Suruhanjaya berkenaan dengan sekuriti Islam.
Tertakluk pada subseksyen (1), sekuriti Islam tidak termasuk mana-mana Instrumen Boleh Niaga Islam yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
terbitan Instrumen Boleh Niaga Islam itu adalah oleh suatu institusi berlesen yang layak atau bank Islam yang mematuhi apa-apa standard yang dikeluarkan oleh Bank Negara di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang terpakai bagi
Instrumen Boleh Niaga Islam itu; dan
tempoh maksimum Instrumen Boleh Niaga Islam itu tidak melebihi lima tahun.
Subpenggal 2 — Produk pasaran modal Islam
Produk pasaran modal Islam