Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

381. Section 381

Feedback & support
(2)

Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga

Hadapan 1993 dimansuhkan berkuat kuasa dari tarikh kuat kuasa.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2)—

(a)

(i)

semua peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, pengecualian dan perundangan subsidiari lain, walau bagaimana jua disebut; dan

(ii)

semua kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, walau bagaimana jua disebut, yang dibuat, diberikan, atau dilakukan di bawah atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta termansuh hendaklah disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan, ditamatkan, dibatalkan atau diganti di bawah, mengikut atau menurut kuasa, peruntukan yang bersamaan Akta ini;

592 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

tiap-tiap arahan, notis, garis panduan, surat pekeliling, nota panduan atau nota amalan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya atau Menteri di bawah Akta termansuh sebelum tarikh kuat kuasa dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan secara sah di bawah Akta ini berhubung dengan peruntukan tertentu Akta ini yang bersamaan dengan perkara yang diuruskan mengikut arahan, notis, garis panduan, surat pekeliling, nota panduan atau nota amalan itu dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga ia dipinda, ditamatkan atau dimansuhkan di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa permohonan bagi suatu kelulusan atau persetujuan, atau bagi apa-apa jua maksud lain, atau apa-apa rayuan berhubung dengan permohonan itu, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau Suruhanjaya di bawah sama ada Akta termansuh sebelum tarikh atau tarikh-tarikh kuat kuasa, dan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh atau tarikh-tarikh kuat kuasa, hendaklah, jika ada peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini, diuruskan seolah-olah permohonan itu dibuat di bawah peruntukan itu dan, jika tiada peruntukan yang bersamaan dalam bawah Akta ini, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada tarikh atau tarikh-tarikh kuat kuasa; dan

(d)

semua transaksi atau perniagaan yang disempurnakan atau dibuat dengan sah, dan semua urusan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut mana-mana Akta termansuh oleh seseorang yang dilesenkan di bawah Akta termansuh masing-masing dan dilesenkan atau disifatkan sebagai dilesenkan berkenaan dengan suatu urusan yang bersamaan di bawah Akta ini, dengan mana-mana pelanggan atau orang lain, hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat, atau dilakukan dengan sah di bawah dan mengikut

Akta ini, dan dengan demikian itu mana-mana hak atau tanggungan di bawah apa-apa transaksi perniagaan atau urusan itu yang wujud, sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah disifatkan terus menjadi sah di bawah Akta ini.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 593

Syarikat pemegangan bursa, bursa dan pusat penjelasan diluluskan disifatkan telah diluluskan

Report