22. Jawatankuasa Pengurusan Risiko syarikat pemegangan bursa
Feedback & supportSuatu syarikat pemegangan bursa hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa, yang disebut Jawatankuasa
Pengurusan Risiko, untuk merumuskan dasar dalam perkara pengurusan risiko yang berhubungan dengan aktiviti syarikat pemegangan bursa itu dan anak syarikatnya, dan untuk mengemukakan dasar itu kepada lembaga syarikat pemegangan bursa itu untuk pertimbangannya.