40A. Tafsiran
Feedback & supportDalam Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“orang yang berkaitan” ertinya suatu bursa saham, bursa derivatif, pasaran diiktiraf, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pegawai kanan” ertinya seseorang, selain ketua pegawai eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti orang yang berkaitan, termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan orang lain yang melaksanakan fungsi utama seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
“pengurus berkanun” ertinya seseorang yang dilantik oleh
Suruhanjaya di bawah Subpenggal ini bagi maksud menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian urusan dan hal ehwal orang yang berkaitan.