Seksyen 147
Mesyuarat
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Amendment ActIn forceProvision 19 of 87
Seksyen 147
(1)
Perbadanan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya.
(2)
Perbadanan boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat bagi tujuan menasihatinya bagi apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang hadir itu tidak layak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
(3)
Tiga orang anggota Perbadanan hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana-mana mesyuarat Perbadanan, salah seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada
Suruhanjaya.
(4)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.