Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 · As enacted · Penggal 2
154. Penzahiran dibenarkan
Feedback & supportSeseorang yang disebut dalam subseksyen 153(1)
tidak boleh enggan untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen—
bagi maksud membolehkan atau membantu juruaudit
Perbadanan untuk melaksanakan fungsinya;
bagi maksud memulakan, atau dalam penjalanan, apa-apa prosiding sivil antara Perbadanan dan seseorang orang yang berkaitan;
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, dan penzahiran itu adalah terhad kepada hal ehwal seseorang orang yang berkaitan yang disiasat; atau
berkenaan dengan seseorang orang yang berkaitan yang berada dalam penerimaan atau sedang digulung atau selainnya dibubarkan di dalam atau di luar
Malaysia.