Seksyen 157
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Amendment ActIn forceProvision 29 of 87
Seksyen 157
Tiada tindakan atau prosiding lain bagi ganti rugi boleh dibawa, dimulakan atau diteruskan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Perbadanan;
(b)
mana-mana anggota Perbadanan;
(c)
mana-mana anggota bagi apa-apa jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan; atau
(d)
pekerja Perbadanan, berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau yang ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati dalam melaksanakan apa-apa fungsi, kuasa dan tanggungjawabnya di bawah
Bahagian ini.