Skip to content

Seksyen 148

Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 20 of 87
Seksyen 148
(1)

Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Bahagian ini.

(2)

Perbadanan boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota apa-apa jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(4)

Dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah seksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberi oleh Perbadanan.

(5)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu seperti yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.

(6)

Suatu jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat jawatankuasa itu bagi tujuan menasihatinya dalam apa-apa perkara dalam perbincangan tetapi orang yang hadir itu tidak layak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

16

Undang-Undang Malaysia