Seksyen 156
Kerjasama dan penyelarasan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Amendment ActIn forceProvision 28 of 87
Seksyen 156
(1)
Perbadanan hendaklah memberikan bantuan kepada
Suruhanjaya atau kepada mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau orang itu, termasuk memberikan maklumat berhubung dengan operasi Perbadanan atau apa-apa maklumat lain.
(2)
Perbadanan boleh memasuki perkiraan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa berkaitan untuk memperoleh atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen yang disifatkan perlu oleh Perbadanan bagi kepentingan pelabur atau berhubung dengan mana-mana orang yang berkaitan.