Skip to content

Seksyen 146

Pemecatan, peletakan jawatan dan pengosongan jawatan mana-mana anggota Perbadanan

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 18 of 87
Seksyen 146
(1)

Menteri atas syor Pengerusi Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota

Perbadanan jika—

(a)

anggota itu telah gagal untuk melaksanakan kewajipannya dengan cara yang sepatutnya; atau

(b)

anggota itu tidak menghadiri tiga mesyuarat Perbadanan secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi

Perbadanan dan dalam kes Pengerusi Perbadanan, tanpa kebenaran Pengerusi Suruhanjaya.

(2)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletak jawatannya dengan memberikan suatu notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada Menteri.

(3)

Jawatan anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong jika—

(a)

dia mati;

(b)

dia telah disabitkan di bawah mana-mana undang-undang untuk suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keganasan sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(c)

dia menjadi seorang bankrap; atau

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan kewajipannya.

15

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)