Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti
20. Kesalahan berhubungan dengan lesen yang digantung
Feedback & supportPemegang lesen yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan sebagai kenderaan pelancongan semasa lesen berkenaan dengan kenderaan itu digantung di bawah seksyen 7 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.