Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti
21. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 5, mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen atau bagi pengubahan apa-apa syarat lesen hendaklah mendedahkan atau menyatakan dalam borang permohonan yang ditetapkan—
apa-apa lesen lain yang dikeluarkan kepadanya di bawah
Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;
apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah di dalam Malaysia;
apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan pemohon dan dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.
Mana-mana pemohon yang tidak mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau membekalkan apa-Pelesenan Kenderaan Pelancongan 19
apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.