Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti
36. Pegawai-pegawai yang tidak memakai pakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan
Feedback & supportTiap-tiap pegawai polis dan pegawai pengangkutan jalan, jika tidak berpakaian seragam apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak apa-apa dokumen yang membuktikan identitinya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Polis, dalam hal seorang pegawai polis, atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, dalam hal seorang pegawai pengangkutan jalan, supaya dibawa oleh pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu masing-masing.
Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk enggan mematuhi apa-apa kehendak, permintaan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang tidak berpakaian seragam jika pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila diminta oleh orang itu.