Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti

24. Pindah hakmilik lesen dilarang

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseskyen (4), pemegang lesen tidak boleh memindahkan hakmilik atau menyerah hak lesen kepada mana-mana orang lain.

(2)

Kecuali dengan persetujuan Pesuruhjaya terlebih dahulu, pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberikan kepada pemegang lesen dan tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil sedemikian menjalankan mana-mana hak sedemikian.

(3)

Pemegang sesuatu lesen yang berupa untuk memindahkan hakmilik atau menyerah hak lesen atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sesuatu kenderaan dibenarkan atau mengadakan perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4)

Pesuruhjaya boleh membenarkan pindah hakmilik lesen jika sesuatu syarikat yang merupakan pemegang lesen dilikuidasikan atau seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen atau jika kerana apa-apa sebab

Pesuruhjaya berpuas hati bahawa tidak adil jika tidak dilakukan sedemikian.

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 21

Report