Tourism Vehicles Licensing Act 1999 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti
32. Peruntukan tentang keterangan
Feedback & supportSalinan sesuatu lesen, yang ditentusahkan oleh Pesuruhjaya sebagai suatu salinan benar lesen itu, boleh diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan asal salinan itu akan diterima sekiranya salinan asal itu telah dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen atau salinan itu.
Jika dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini perlu dibuktikan bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Pesuruhjaya dan menentusahkan bahawa seseorang itu ialah atau bukan, pemegang lesen, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang ditentusahkan dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pesuruhjaya bagi perakuan itu.