Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti

35. Kuasa untuk mengkompaun

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai yang berikut boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan mengutip daripada orang yang dengan munasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit:

(a)

Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;

(b)

Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah; atau

(c)

Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana pegawai diberi kuasa.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh pegawai yang membuat tawaran itu atau mana-mana pegawai yang disebut dalam perenggan yang sama dalam subseksyen (1) sebagaimana pegawai itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Apabila sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 29

Report