Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti

25. Rekod dan penyata

Feedback & support
(1)

Menjadi kewajipan pemegang sesuatu lesen yang diberikan berkenaan dengan mana-mana perniagaan kenderaan pelancongan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang ditetapkan dan untuk memberikan kepada Pesuruhjaya apa-apa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain bagi apa-apa tempoh dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, bersama-sama dengan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

(2)

Menjadi kewajipan pemegang lesen itu untuk menyimpan apa-apa rekod berhubungan dengan penggunaan kenderaan dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pesuruhjaya atau Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemegang lesen supaya mengemukakan apa-apa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain, pada bila-bila masa dan tempat, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan supaya memberi Pesuruhjaya, Ketua Pengarah, pegawai diberi kuasa atau pegawai pengangkutan jalan kemudahan-kemudahan yang munasabah bagi meneliti dan memeriksa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain itu dan memuaskan hatinya tentang kesempurnaan dan ketepatannya.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report