Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti

29. Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini adalah mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes yang di bawah siasatan itu.

(2)

Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan itu atau menyatakan sebagai benar apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Apabila apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai pengangkutan jalan dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah boleh menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.

Report