Skip to content

Seksyen 3

Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 3 of 36
Seksyen 3
(1)

Tiada seorang pun pegawai boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain di bawah Akta ini.

(2)

Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa seseorang pegawai telah bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau faedah lain yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana peruntukan seksyen ini.

Pencen 9

Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan