Skip to content

Seksyen 6

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 6 of 36

Seksyen 6

(1)

Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu; dengan syarat bahawa, bagi persaraan di bawah perenggan 10(5)(a)

atau di bawah seksyen 12A, amaun pencen yang diberikan tidak boleh kurang daripada satu perlima dari gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya, gaji yang akhir diterima ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang terdahulu dalam mana dia telah disahkan jika

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 227

sekiranya dia terus memegang jawatannya yang terdahulu itu sehingga persaraannya.

(3)

Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11

hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.