Seksyen 4
Wang Disatukan Persekutuan
ActIn forceProvision 4 of 36
Seksyen 4
(1)
Pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(2)
Bagi maksud Akta ini, pencen, ganjaran atau faedah lain tidak termasuk apa-apa award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul kepada seseorang pegawai yang gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.