Seksyen 26
Penggantungan pencen
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
Jika seseorang pekerja yang diberikan pencen di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik semula sebagai seorang pekerja tetap, maka Menteri boleh menggantung pencen itu sepanjang tempoh dia dilantik semula.
(2)
Tertakluk pada subseksyen (1), jika seseorang pekerja telah bersara di bawah perenggan 11(a) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya pekerja itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan dia disarakan, Menteri boleh menggantung pencennya sehingga dia mencapai umur enam puluh
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 239
tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal.
(2A)
Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.