Skip to content

Seksyen 23

Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan

of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980

ActIn forceProvision 31 of 40
Seksyen 23
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu

Mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta-merta.

(2)

Pencen atau faedah lain di bawah subseksyen (1) itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan.

(3)

Jika sesuatu pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), Menteri boleh memberikan elaun tanggungan nafkah yang banyaknya sama dengan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau faedah lain yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak pesara untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri.