Seksyen 27
Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran itu dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.
(2)
Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran sedemikian hendaklah menjadi pelepasan yang sepenuh dan sepatutnya akan semua liabiliti dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya.
(3)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“orang tanggungan” ertinya—
(i)
balu kepada si mati;
(ii)
duda kepada si mati;
(iii)
anak kepada si mati; atau
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 29
(iv)
ibu kepada pekerja yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya;
(b)
“belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan.