Skip to content

Seksyen 23A

Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperoleh kewarganegaraan negara lain

of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980

ActIn forceProvision 32 of 40
Seksyen 23A
(1)

Jika seseorang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan)

memperoleh kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 27

kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau faedah lain tersebut hendaklah terhenti dengan serta-merta.

(2)

Jika pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), tiada pencen atau faedah lain boleh diberikan kepada orang tanggungan.