Seksyen 14
Permohonan bagi permit
of Akta Perdagangan Strategik 2010
ActIn forceProvision 15 of 61
Seksyen 14
(1)
Suatu permohonan bagi permit atau permit khas yang disebut dalam seksyen 9 hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh menghendaki pemohon yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) untuk mengemukakan pernyataan kegunaan akhir.
(3)
Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia dibenarkan atau ditolak.