Seksyen 23
Pengendorsan pada permit
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Sesuatu perintah supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau mengenai apa-apa hilang kelayakan yang baginya orang yang disabitkan itu tertakluk diendorskan pada mana-mana permit atau pendaftaran yang dipegang oleh pesalah itu hendaklah, sama ada pesalah itu pada masa itu ialah pemegang suatu permit atau pendaftaran atau tidak, berkuat kuasa sebagai suatu perintah bahawa apa-apa permit atau pendaftaran yang boleh dipegang olehnya pada masa itu atau yang boleh didapati kemudian hendaklah diendorskan sedemikian sehingga dia berhak di bawah seksyen ini untuk memiliki suatu permit atau pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya yang bebas daripada apa-apa pengendorsan.
(2)
Jika mana-mana orang yang permit atau pendaftarannya telah diperintahkan supaya diendorskan memohon bagi suatu permit atau pendaftaran tanpa memberikan butir-butir mengenai perintah itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua juta ringgit, dan apa-apa permit atau pendaftaran yang didapatkan sedemikian hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa.
(3)
Jika sesuatu mahkamah memerintahkan supaya butir-butir diendorskan pada permit atau pendaftaran yang dipegang oleh mana-mana orang, atau jika, melalui suatu sabitan atau perintah mahkamah, seseorang itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu permit atau pendaftaran, mahkamah hendaklah menghantar notis mengenai sabitan atau perintah itu kepada Pengawal dan memerintahkan orang itu untuk menyerahkan permit atau pendaftaran itu kepada Pengawal bagi pengendorsan yang sewajarnya.
(4)
Jika menurut suatu notis mahkamah yang disebut dalam subseksyen (3), butir-butir yang dikehendaki diendorskan pada permit atau pendaftaran itu dimasukkan dalam daftar yang disenggarakan oleh
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Pengawal di bawah Akta ini, pengendorsan itu hendaklah disifatkan telah dilaksanakan.