Skip to content

Seksyen 24

Penyenggaraan dokumen dan daftar

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 25 of 61
Seksyen 24
(1)

Seseorang yang diberikan permit atau didaftarkan sebagai broker di bawah Akta ini hendaklah berhubung dengan barang strategik atau aktiviti terhad—

(a)

menyenggarakan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan; dan

(b)

menyimpan segala dokumen bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan.

(2)

Daftar itu hendaklah—

(a)

disimpan semata-mata bagi maksud mencatatkan rekod dan maklumat yang ditetapkan;

(b)

sentiasa dikemaskinikan dan disimpan secara teratur dan dalam keadaan baik; dan

(c)

disimpan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan.

(3)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyediakan daftar untuk pemeriksaan sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua juta ringgit.

Perdagangan Strategik 39