Seksyen 15
Dokumen atau maklumat tambahan
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah seksyen 14 dan sebelum permohonan itu ditentukan, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.