Seksyen 18
Penggunaan permit tanpa kebenaran
of Akta Perdagangan Strategik 2010
ActIn forceProvision 19 of 61
Seksyen 18
(1)
Tiada seorang pun yang diberikan permit di bawah Akta ini boleh membenarkan permit itu digunakan oleh mana-mana orang lain.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 708