Skip to content

Seksyen 16

Pemberian atau penolakan permit

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 17 of 61
Seksyen 16
(1)

Pihak

Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan permohonan bagi permit di bawah seksyen 14 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah seksyen 15 dan setelah berpuas hati bahawa segala kehendak

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

telah dipenuhi, memberikan permit itu atau menolak pemberian permit itu.

(2)

Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang didapatinya patut semasa memberikan permit itu.

(3)

Tiap-tiap permit yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan tempoh permit itu.

(4)

Syarat-syarat yang dikenakan di bawah permit itu boleh pada bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan dengan syarat bahawa pemegang permit itu diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

(5)

Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.

(6)

Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah subseksyen (5) hendaklah menyatakan—

(a)

dalam hal jika permit diberikan, hakikat pemberian itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan

(b)

dalam hal keengganan untuk memberikan permit, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.

(7)

Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh membaharui semula mana-mana permit atas permohonan.