Seksyen 25
Daftar
of Akta Perdagangan Strategik 2010
ActIn forceProvision 26 of 61
Seksyen 25
(1)
Pengawal hendaklah menyimpan dan menyenggarakan daftar pemegang permit dan broker berdaftar.
(2)
Daftar itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh orang awam tertakluk pada apa-apa syarat yang didapati patut oleh
Pengawal.
(3)
Suatu salinan atau cabutan mana-mana catatan dalam daftar yang diperakui dengan sewajarnya oleh Pengawal hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang menghendaki salinan atau cabutan itu atas bayaran fi yang ditetapkan.
(4)
Daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana orang memegang permit sah atau didaftarkan sebagai broker di bawah
Akta ini.